Semenanjung Emas

Butiran daripada salinan peta Nicolaus Germanus 1467 dari Geografi Ptolemy, menunjukkan Chersonese Emas, iaitu Semenanjung Tanah Melayu

Semenanjung Emas (Jawi: سمننجوڠ‌ امس; bahasa Yunani Purba: Χρυσῆ Χερσόνησος, Chrysḗ Chersónēsos; bahasa Latin: Chersonesus Aurea) ialah nama lama yang digunakan untuk merujuk Semenanjung Tanah Melayu oleh Claudius Ptolemy, seorang tokoh ilmuan Yunani Purba. Semasa zaman Rom kuno, semenanjung (Chersonesos) ini ialah sumber utama emas, oleh itu gelaran Semenanjung Emas diberikan untuk merujuk semenanjung ini (kini Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy